Biah solehah. Mungkin aku terlalu cetek ilmu untuk bercakap mengenainya. kadang-kala malu juga dengan diri sendiri sebab tidak mendalami ilmu agama. Aku masih bertatih, cuba untuk berjalan seiring dengan sahabat-sahabatku. Aku masih tercari-cari, mencari ilmu buat bekalan ku untuk jalan dakwah yang baru sahaja aku ceburi.
Mengikut apa yang ku faham mengenainya, biah solehah permaksud, persekitaran ataupun suasana yang baik. Aku peroleh suasana ini hanya di Nilam Puri, tempat di mana sinar islam masih menyala walaupun sinar itu kian malap dek tangan-tangan yang cuba untuk memadamkannya. Apa yang ku mahu coretkan di sini ialah, suasana yang sebegitu baik tak mampu ku peroleh di mana-mana, meskipun ku pernah memasuki sekolah agama.
Di Nilam Puri, muslimat amatlah dijaga.. Bukannya saja-saja MPP dan JTK menggariskan cara pemakaian kepada setiap muslimat, tetapi ianya amatlah memberi kebaikan kepada kami semua. Pada mulanya,aku amat susah untuk menerimanya, tetapi setelah diberi kefahaman sedikit demi sedikit alhamdulillah, aku semakin faham mengapa kami perlu berpakaian seperti itu tak kira dalam atau luar asarama. Bagiku, itulah cara yang terbaik untuk mendidik jiwa kami dan ianya salah satu aplikasi daripada apa yang kita pelajari selama ni…. Allah juga berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59, mafhumnya:
“ Wahai nabi, suruhlah isteri-istermu dan anak-anak perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik2) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”
Tetapi malangnya, ada di antara sahabat-sahabatku yang tidak dapat menerimanya. Aku teramatlah pelik, kenapa susah sangat nak terima sesuatu yang hak. Mereka-mereka ini tergolong daripada pelajar2 sekolah agama yang sememangnya tahu akan hal ini. Mungkin aku tidak layak bercakap mengenainya kerana aku bukanlah 100% dididik sebegitu rupa di rumah dan sekolah. . Tapi aku sedih dengan orang2 yang sebegitu. Sanggup mengutuk. mengata pihak yang menentukan yang terbaik untuk mereka.
sahabat2ku, sememangnya aku amat lemah dalam menegur kalian! Ya Allah kuatkanlah diriku ini untuk menegur mereka yang kian lama kian jauh dari proksi islam yang sebenar. Ada yang sudah hilang “stongan”, mungkin tercicir, ada yang memakai tudung yang jarang sehingga menampakkan leher dan sebagainya.. Sedarlah wahai sahabat, ingatlah kembali tatkala kita sama-sama di nilam puri dulu. Terasa kecantikan muslimah yang dipertahankan kian pudar di Kuala Lumpur. Bukanlah niatku mahu menyakitimu, tetapi disebabkan ku sayang pada kalianlah ku lakukan semua ini.
Mungkin kalian lihat ku tidak sehebat Sumaiyah, Sara, Hazwani yang mampu menegurmu, tapi aku sahabatmu, dan sahabat adalah cermin kepada sahabat yang lain…
Ku harap kita sama-sama mempertahankan keayuan muslimah yang kita milikki. Jangan terlalu mengikut kehendak hati yang selalu menginginkan keseronokan “berhias” sehingga membuatkan muslimin menegur kita. Aku amat malu tatkala salah seorang muslimin ini, menegur kita dihadapan muslimin lain. Tidakkah kalian berasa begitu????
“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan azab seksa yang amat pedih” (al-ahzab,57)
Adakah kita tergolong dalam orang-orang yang diredhai Allah? Fikir-fikirkanlah…
Sabtu, 12 Julai 2008
Maklumat Oleh عبدالله سعادى رمضان بن محمد ناصير at 2:55 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan