Andai ku tahu betapa jahilnya ku dulu,
Andai ku tahu betapa besarnya dosaku dulu,
Andai ku tahu betapa besarnya kasih ALLAH padaku,
Andai ku tahu betapa ALLAH sayangkanku,
Andai ku tahu ALLAH telah menunjukkanku jalan tapi ku masih tak mengerti,
Andai ku tahu selama ini ku seolah-olah menafikan Islam,
Andai ku tahu rakan-rakanku cuba membetulkan jalanku,
Andai ku tahu betapa lemahnya aku untuk menanggung dosa nan silam,
Ku takkan memilih jalan itu,
Malah ku takkan hidu jalan itu,
Jalan yang pernah ku lalui…..SAKIT!
Sakit kerana kebodohanku terhadap agamaku,
Malah lukanya masih terkesan dalam jiwaku,
Sangat dalam malah sukar untukku ucapkan!
Aku malu untuk berhadapan dengan dirimu Ya Allah!
Aku malu dengan dirimu Ya Rasulullah!
Sesekali ku merembeskan air mata,
Tanda kesalan ku terhadap dosa nan silam!!!!
Ya Allah adakah kau masih menerimaku sebagai hambamu?
Masih adakah tempat untukku di sisimu?
Ku tidak pinta untuk menjadi kekasihmu Ya Allah,
kerana diri ini tidak layak diberi penghormatan seperti itu!
Tetapi apa yang ku pinta,
Ampunilah daku!
Terimalah Aku disisimu,
Jangan kau golongkan ku dengan orang2 yang menafikan agamamu Ya Allah!
Terima kasih atas hidayah ini,
Hidayah yang pernah kau hadiahkan padaku dahulu,
Namun hadiah itu ke campak begitu saja!
Kali ini,
Ku tidak akan lepaskannya,
Tidak sama sekali,
Kerana ku tidak tahu kapan tiba ajalku!!!
Terima kasih ya allah!
terima kasih!!!!
Sabtu, 12 Julai 2008
Maklumat Oleh عبدالله سعادى رمضان بن محمد ناصير at 3:09 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan