armadajihad.blogspot.com / Lujnah Tarbiyyah & Dakwah / 16/12/08
PERANAN PELAJAR
DALAM MENGISI KEPIMPINAN UMAT DI MASA AKAN DATANG
(PERBINCANGAN MENGENAI PERANAN, CABARAN, PERSIAPAN & HARAPAN)
MUQADDIMAH
1. Sesungguhnya pelajar-pelajar hari ini adalah orang yang akan memegang teraju kepimpinan pada masa akan datang. Sama ada pimpinan sekolah rumahtangga masyarakat organisasi ataupun negara. Merekalah yang akan memberikan arahan pertarbiyyahan atau mentadbir masalah-masalah yang berkaitan dengan orang-orang yang dibawah kepimpinannya.
2. Bimbingan dan pengarahan kepada pelajar-pelajar hari ini kearah tasawur Islam yang bermula dari aqidah akhlak ibadah kepimpinan dan harakah yang betul dan tepat akan melahirkan generasi yang penuh dengan ilmu pengatahuan yang didasari keimanan kepada Allah swt.Roh jihad memenuhi jiwa mereka dan mereka senang menyumbangkan tenaga harta dan jiwa semata-mata kerana Allah dan tidak sekali-kali mengharapkan habuan dunia yang hakikatnya palsu dan fana. Maka lahirlah masyarakat yang bersih dari penyakit nifaq makanan yang haram mengikut kehendak nafsu menindas dan menzalimi diri sendiri serta orang lain. Akhirnya akan wujud sebuah masyarakat yang hidup mencari mardhatillah yang empunya daya tahan diri dari serangan musuh-musuh Islam samada timur atau barat yang sentiasa bekerja untuk menyesat dan menghancurkan kita.
CABARAN DUNIA & UMAT MASA KINI
1. Dunia Islam hari ini dilanda oleh gelombang riddah (murtad) yang berpunca daripada pimpinan dan sistem pemerintahan sekular. Mereka bukan saja melakukan penyelewengan yang nyata terhadap Islam sebagai Ad-din, bahkan ajaran Islam diletakkan dalam kandang orang yang bersalah dicemuh dan disisihkan.
2. Islam dipencilkan daripada kehidupan & penghayatan ummah, pengaruhnya dilumpuhkan dan persoalan mengenai agama dipalingkan daripada persoalan pokok/dasar kepada persoalan cabang/furu’
3. Pergantungan kekuatan dan kekuasaan pemerintah umat Islam kepada belas ihsan kuasa mustakbirin timur dan barat. Lebih malang lagi negara-negara umat Islam dijajah lagi melalui Aturan Dunia Baru (The New World Order) yang ditaja oleh Amerika (si pengganas dunia)
4. Kewujudan negarabangsa yang mrupakan penjelmaan daripada kepentingan rencana musuh-musuh Islam pada hakikatnya untuk menempatkan khadam-khadam mustakbirin yang telah dibentuk peribada dan pemikiran mereka untuk merampas kemenangan gerakan Islam pimpinan para ulama’ dalam perjuangan menentang penjajahan kuffar
5. Penjajahan agama budaya dan politik melalui sistem pendidikan sekular ke atas umat Islam :-
Mendekati ahli fikir Islam dengan mengemukakan modenisasi atau Islamisasi sebagai slogan pembaikan dunia Islam
Mendekati para orentalis untuk menyusup ketengah-tengah masyarakat Islam dan menerangkan sendi-sendi ajarannya yang telah dikaburkan sedemikian rupa untuk melemahkan umat Islam.
6. Cabaran dalaman : kelemahan dan kepincangan Umat Islam sendiri
Kesedaran diri yang kurang dan lupa tanggungjawab mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar. Akhir-akhir ini mereka melihat kebaikan itu satu kemungkaran dan kemungkaran itu satu kehebatan.
Umat Islam terlalu bergantung kepada kebendaan dan terlalu mengharapkan orang lain mengatur ekonomi dan pertahanan
Umat Islam tidak menggunakan seluruh kekuatan yang ada di dalam umat Islam
Daya pemikiran yang lemah dan terencat, kita meniru bukan mencipta kita mencanangkan bukan merintis kita meminjam bukan memiliki kita mencedok bukan berkarya.Sistem pendidikan kita hanya mampu mengeluarkan pegawai bukan intelektual. Kita didik dengan suasana malas membaca.
Tenaga umat Islam yang terbengkalai. Kita meninggalkan jihad dan kesungguhan dalam bekerja walaupun kita tahu kerja itu satu ibadah
Kekuatan roh jihad yang begitu pudar kerana terlalu kuatnya tiupan angina kemungkaran kemaksiatan dan keduniaan.
Islam hanya slogan biarpun kita banyak menyambut hari-hari kebesaran umat Islam namun ia tidak memberi kesan dan pengajaran buat umat Islam untuk maju bersama Islam.
PERANAN PELAJAR ISLAM YANG SEDAR
1. untuk menghadapi cabaran luaran dan dalaman yang menimpa umat Islam mutakhir ini pelajar muslim juga tidak lari dari tanggungjawab ke atas gejala-gejala kelemahan dan kepincangan ini.Sebagai golongan muda pelajar muslim adalah agen perubahan bagi merubah hadharah jahiliah kepada hadhrah Islamiyyah, meruntuhkan thoghut dan membina daulah Islam di atas keruntuhan itu.
2. Bagi mencapai maksud diatas, pengasingan daripada masyarakat hendaklah dielakkan kerana akan mendedahkan kepada ancaman sampingan yang serius di dalam pertentangan kuasa-kuasa kuffar. Dimana individu atau gerakan Islam bukan sahaja menjadi buruan kezaliman pemerintah bahkan tersisih daripada simpati masyarakat umum.
3. Untuk mengisi kepimpinan umat dimasa akan datang, bererti pelajar perlu mengubah kepimpinan jahiliyah yang ada sekarang dengan kepimpinan yang berteraskan Islam.Untuk mencapainya kita memerlukan satu perancangan rapi yang bersifat fardhiah,jami’yah dan harakiyah. Secara tegasnya digariskan 4 peranan utama sebagai program kerja/tindakan bagi setiap pelajar muslim.
3.1 Pembinaan kader/pembentukan kumpulan
A) Melahirkan kumpulan yang mendokong perjuangan Islam yang beriltizam dan bertanzim.Kumpulan yang mempunyai kemampuan dari segi akhlak keimanan keilmuan dan mampu menggunakan potensi yang sedia ada pada diri masing-masing dan menjadikan mereka sebagai menara hidayah kepada masyarakat.
B) Membentuk fikrah Islamiyah yang sempurna melalui pendedahan kepada pemikiran harakah yang seragam bagi mancapai tujuan wehdatul Fikh dan wehdatul amal.
C) Memantapkan pengenai sirah Nabawiyyah dan sirah perjuangan sahabat Rasulullah perjuangan para anbiya’ serta pendokong Islam di semua zaman agar perancanaan dan tindakan yang diambil menepati kehendak islam yang sebenar-benarnya.
D) Mempertajamkan kemahiran berpolitik (pengaruh), Berorganisasi kemanusiaan professional penggunaan alatan teknologi yang canggih agar mampu berhadapan dengan serangan jahiliah serta mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh koncu-koncu jahilliah.
3.2 Pentarbiyyah Massa/Masyarakat umum
A) Manyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan ilmu serta keimanan yang salim Ibadah yang sahih memerangi khurafat serta menanamkan keyakinan bahawa Islam mampu menyelesaikan masalah umat
B) Mengingatkan mereka tentang perancangan musuh yang telah ,sedang dan akan direncanakan secara halus dan kasar dengan rapinya untuk membenamkan ummah dalam penyelewengan akidah dan pemikiran.
C) Mendedahkan ulama’ upahan yang menghalalkan perbuatan maksiat melalui talibarut mereka.Mereka juga memperalatkan badan dakwah non-partisan untuk mengharubirukan pemikiran ummah Contoh Sis In Islam dll.
D) Mencabut akar umbi jahilliah asabiah yang mencengkam ummah kini dan digantikan dengan benih-benih Islam kearah pembentukkan ummat yang muttaqin dan menerima perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sebagai tujuan dan peranan hidup mereka
3.3 Membangunkan Kesedaran Berpolitik
A) Ummah perlu disedarkan secara berterusan mengenai rupa sebenar kekejaman pemerintah jahiliah dan kuffar disebalik topeng demokrasi,keselamatan negara pembangunan rakyat kepentingan rakyat Islamisasi sedangkan pada hakikatnya bertujuan untuk kepentingan & politik mereka
B) Manghancurkan tapak kuasa golongan pemerintah dengan memisahkan mereka daripada ummah melalui pengasingan dan kebencian Masyarakat terhadap kezaliman mereka. Diantara langkah yang perlu dibuat ialah :
i. Mendedahkan dasar-dasar anti Islam dan penyelewengan mereka
ii. Mendedahkan nilai-nilai palsu yang menjadi pergantungan mereka
iii. Mendedahkan undang/akta yang zalim yang dipaksa keatas ummah
iv. Mendedahkan langkah-langkah zalim mereka keatas perjuang kebenaran
v. Mendedahkan hubungan intim dan kaitan pemerintah dengan kuasa kuffar dunia.
C) Mengadakan persiapan yang sempurna dan bersungguh-sungguh untuk membentuk satu alternatif sistem yang berlandaskan Islam yang sebenar.
3.4 Meningkatkan Roh Jihad
A) Jihad yang berterusan untuk menentang penindasan dan kezaliman sahaja yang boleh membawa perubahan yang mendadak dalam semua aspek kehidupan
B) Pelajar Islam hendaklah sedar bahawa tugas menuntut ilmu serta usaha untuk mengamalkannya adalah merupakan jihad sebagai persediaan kea rah perjuangan yang lebih mencabar
C) Jihad menegakkan yang makruf & mencegah yang mungkar sudah pasti akan bertembung dengan kuasa2 mustaqbirin dan mendedahkan mereka dengan tribulasi dan provokasi
D) Jihad dalam semua bidang massa, pemikiran,harta, kepentingan,diri hatta nyawa adalah perlu bagi menjamin ketenangan perjuangan Islam.
PERSIAPAN PELAJAR MUSLIM
Bagi membolehkan pelajar Islam selaku golongan muda mencetuskan perubahan kearah memimpin umat kepada islam yang sebenar. Beberapa aspek penting yang perlu dipersiapkan iaitu :-
1) Persiapan dari sudut fikrah
A) Berusaha mencari ilmu dan sentiasa memperkembangkannya.Samada ilmu yang berkaitan dengan aqidah ibadah dan akhlak muamaalah syariah mahupun ilmu yang berkaitan dengan kemanusiaan seperti organisasi teknologi komunikasi geografi dan lain-lain yang selaras dengan keperluan manusia sejagat.
B) Dalam pembentukan fikrah dan kefahaman Islam, Ia mestilah berasaskan kepada sumber sebanar dan sahih.Disamping mampu untuk menterjemahkannya secara amali serta mempertingkatkan kemampuan berfikir berasaskan tuntutan Al-Quran & Sunnah
2) Persiapan dari sudut kejiwaan
A) Membentuk jiwa Islam, iaitu memelihara hati dan rohani daripada melakukan kemaksiatan. Orang yang beriman sentiasa memerangi kehendak hawa nafsu, andainya ia tewas sentiasalah ia memohon keampunan kehadrat Allah swt
B) Membentuk iman yang mendalam iaitu meletakan Allah dan rasul sebagai keutamaan wala’.Membebaskan diri dari segala ikatan dunia sentiasa memberi makanan kepada hati melalui zikrullah
C) Menghubungkan hati dengan menggantungkannya dengan kitab Allah iaitu sentiasa membaca dan mentaddaburkan ayat-ayat Allah
D) Sentiasa muraqabbah Allah, yang boleh memelihara pelajar daripada tergelincir serta fitnah.Justeru itu, pelajar muslim hendaklah sentiasa berusaha mengikut kebaikan menjauhi kemungkaran dan sentiasa bertanyakan perkara yang samara/syubhat
Kesimpulan, Pelajar muslim hendaklah sentiasa berjihad dengan dirinya iaitu menghalang diri makanan pakaian kata-kata pendengaran dan syahwah yang berlebihan.
3) Persediaan dari sudut Haraki
A) Mengkaji harakah Islam, mengkaji reality harakah jahiliah,mangkaji persekitaran dan mayarakat,pusat sosial,ekonomi,politik yang menjadi cita-cita massa
B) Melatih diri untuk mentaati Allah melalui solat jemaah,puasa bersama-sama,menghadiri dan mencintai majlis ilmu,zikr, mengingati mat, mengikut sunnah memperbaiki hubungan dengan kitab Allah samada dari segi tilawah hafazan serta tafsir dan beriltizam dengan sunnah Rasulullah saw
C) Melatih diri dengan uslub dakwah seperti pengarahan dan pengajaran,uslub berbincang,uslub galakan dan amaran (tarhib & targrib) serta uslub penceritaan
D) Melatih diri dengan soal tanzim,perencanaan,organisasi,pengurusan kepimpinan komunikasi dan tanggungjawab berkaitan
E) Melatih diri dengan kesusahan kepayahan untuk memperkuatkan kecekalan kesabaran dan mengkentalkan kemahuan mereka
4) Secara Khususnya, diperturunkan 20 perkara yang perlu diberikan perhatian dan peningkatan iaitu :
Dari perkara furu’ kepada perkara usul dan menyeluruh
Dari perkara sunat kepada perkara wajib
Dari percanggahan kepada persefahaman
Dari amalan zahir kepada amalan batin/hati
Dari aspek keterlaluan dan kekurangan kepada aspek kesederhanaan
Dari suka menyusahkan kepada memudahkan
Dari jumud & taqlid kepada ijtihad & jaddid
Dari banyak bercakap & berdebat kepada bekerja dan toleransi
Dari semangat & sponta kepada amali & perancangan
Dari bersikap taksub & degil kepada menghormati pendapat orang lain
Dari bersemangat kepada mendalami pengisian
Dari kuantiti kepada kualiti
Dari ideal kepada realiti
Dari pinggir masyarakat kepada mendekati
Dari mundur kepada maju demi masa depan
Dari tenggelam dalam arus politik jahiliah kepada bangun dengan Islam
Dari sering pertentangan kepada persefahaman
Dari kecuaian kepada ketekunan
Dari berpemikiran sempit kepada global
Dari keegoan kepada muhasabah
HARAPAN & TUNTUTAN
1. Menyertai Jamaah Islam
Islam adalah agama perjuangan bukannya angan-angan
Menyertai jemaah adalah untuk memperkuatkan perpaduan berdasarkan agama Allah bagi menghadapi kumpulan kuffar
Perpaduan adalah rahmat manakala perpecahan adalah mendatangkan bala Allah swt
Menyertai jemaah adalah tuntutan Allah & Rasulullah
Untuk melengkapkan ubudiah kepada Allah
2. Semua perlu bekerja
Diantara penyakit yang wujud dalam gerakan Islam ialah ramainya yang bertindak sebagai pemerhati demi kepentingan politik diri.Sedangkan semua orang wajib bekerja atas kemampuan masing-masing
Islam tidak memandang rendah nilai setiap amalan soleh meskipun kecil atau sedikit pada keluasan atau bilangannya.Apa yang penting ialah keikhlasan dan niat mencari mardhatillah.
PENUTUP
Hanya mereka yang ikhlas istiqomah meletakan akhirat melebihi kecintaan kepada dunia mencintai syahid melebihi nikmat dunia yang fana sahaja yang mampu melanjutkan kerja-kerja perjuangan Islam
Bekerjalah, Sesungguhnya Allah RasulNya dan orang beriman akan menjadi saksi. Mudah-mudahan kita berjaya mengembalikan Hakimiyyah Lillah di muka bumi ini.
Maa Ashobani Hasanatin Faminallah Wa Maa Saiyiatin Famin Nafsi
Selasa, 16 Disember 2008
Maklumat Oleh عبدالله سعادى رمضان بن محمد ناصير at 12:36 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan