Saya pernah berkhidmat di SAR sejak tahun 2000 hingga 2004, dan turut merasai penderitaan ini,” kata Ust Misbahul Munir yang kini menjadi Setpol kepada YAB Menteri Besar Perak.
“Bayangkanlah dengan gaji RM350 sebulan, yang dibayar setelah SAR dapat duit dari merata sumber,” jelas Misbah lagi.
“Alhamdulilah, dibawah kerajaan PR, penindasan tersebut telah berakhir dan membolehkan SAR mengurus tadbir dengan baik dan mengembalikan semula zaman kegemilangan SAR,” katanya.
Petang semalam, Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan sewaktu merasmikan Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River telah menyerahkan sebahagian daripada RM1.3 juta bantuan perkapita kepada 14 Sekolah Men Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat.
Sekolah-sekolah tersebut ialah SMAR Abbasiah , Sungkai sebanyak RM 183,600, Taufiqiah, Behrang RM 35,700. Idrisiah, Kuala Kangsar RM 268,770, Al Hidayah, Ipoh RM 117,300, Darul Quran, Chenderong Balai RM10,200, Yusoffiah, Pengkalan Hulu RM91,800 dan Tahfiz Wal Qiraat Ad Din, Tualang Sekah RM 51,000.
Manakala SRAR pula ialah Sekolah Islam Pintar, Kinta RM 20,400, Tarbiyyah Islamiah (SRATI), Kinta RM 13,200, Al Furqan,Madrasah Idrisiah Kuala kangsar RM 18,000, Al Hidayah, Kinta RM 45,780,Al Ummah, Kinta RM 25,260, Madrasah Ulumul Syariah Wal Quraniah, Kuala Kangsar RM 40,940, Madrasah Tarbiyyah Islamiah, Taiping RM 5,760 dan Madrasah Tarbiyyah Islamiah Tapah RM 2,106.
Menteri Besar Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin ketika berucap pada majlis itu berkata, bahawa kerajaan PR akan turut menganugerahkan tanah dengan keluasan yang difikirkan bersesuaian kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR.
Kerajaan PR akan membela nasib SAR yang selama ini diabaikan, (tidak seperti mana kerajaan BN yang hanya mengaku membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi ntidak menunaikannya). end/anr
Jumaat, 26 September 2008
SAR ( IDRISIAH) dapat Bantuan Kerajaan PR ALLAHUAKHBAR !!!
Maklumat Oleh عبدالله سعادى رمضان بن محمد ناصير at 12:50 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan