Sabtu, 12 Julai 2008


Coretan Ilutrasi

Kehadapan sahabatku..
Perjalanan menjejaki gelaran mujahid
Dalam mencapai taraf syahid
Mengiring kalbu suci yang terdetik
Ada hati bahagia dalam perik
Punya cinta suci tatkala dikeji
Ada taubat kerana gentar dilaknat
Punya peribadi mulia dalam sengsara
Pada integriti Sejati

Saat mengapai spiritual jihad
Dalam merungkai sebuah hakikat
Punya wadah tersadai madah
Antara pengorbanan dan harapan
Bezanya persis dataran & lautan
Membisikan rahsia terhumban auta
Kita adalah manusia yang hina
Dihujung waktu kita akan ke sana jua

Dicelah lorong sebuah perjuangan
Dalam ilutrasi minda tak kesudahan
Ada langkahan gagah seorang pahlawan
Menggerakan yang tidur
Mencelikan yang kabur
Merungkai yang kusut
Menenangkan yang kalut
Melangkah jauh berpasak kukuh
Bersama jemaah rintangan ku rempuh

~ armadaJihad ~
24 Jun 2008

0 comments: