Sabtu, 24 Mei 2008

INSAF


Assalamualaikum shbt2..

TAKZIAH BUAT SAHABAT & SAHABIAH KU DI PALESTIN..AKU TURUT TERSEKSA SELAMA 60 TAHUN KEZALIMAN MU…AKU KU BINA PAKATAN MENAWAN SEMULA AL-QUDS






Detik kematian..
Bila-bila masa.. Tidak kenal erti malam dan siang.. Dimana-mana jua.. Entah bila ketika..

Diriku..

Apakah yang sudah kau sumbangkan buat Islammu?
Apakah kasih dan cintamu pada Allah dan Rasulnya sudah mencukupi untuk kau jadikan bukti di sana?
Apakah sering taubatmu kau perbaharui?
Apakah sudah cukup amalanmu di dunia?
Apakah kau tidak takut azab dan siksa semasa sakaratulmaut? siksa si alam kubur? siksa di padang mahsyar? siksa di neraka?

Tuhanku..

Sesungguhnya,
Betapa hina dan kerdil diri ini di sisimu
Aku insan hina dina
Bertimbun dosaku
Sedikit pula amalanku
Kurangnya taubatku
Lemahnya cintaku..

Tuhanku..

Hanya Kau tahu
Betapa hinanya aku
Malam ini aku bertaubat
Hari esok ku ulang semula..
Siang ini aku merintih ampunanMU
Malam nanti aku mungkiri..

Tuhanku..

Entah bila masaku pula?
Aku insaf Tuhan..
Aku takut azabMU..
Tidak ingin ku melangkah ke nerakaMU
Tetapi diri ini
Sesungguhnya tidak sekali layak
ditempatkan di JannahMU..

Tuhanku..

Layakkah diri ini
Kau terima semula?
Layakkah diri ini
Menggapai cintaMU
Menagih redhaMU
Mengharap syurgaMU?

Tuhanku..

Ampunkanlah dosa
Si kerdil ini..
Si hina ini..
Ampunkanlah Ya Allah..
Ampunkanlah Ya Rahman..
Ampunkanlah ya Ghaffar..
Aku bertaubat padaMU..

Armadajihad_madid

0 comments: