Isnin, 19 Oktober 2009


Bingkisan Kasih buat Muslimah Mumtaz…

Semalam…
Kasih itu mekar menyusuri sungai kasih sayang…
Menjernihkan suasana
Membawa seribu satu kedamaian dan pengharapan…

Semalam..
Kemesraan terjalin bagai tiada penghujungNya
Senda gurau dan tawamu sentiasa bersama
Membawa seribu satu ketenangan dan kerinduan

Hari ini…
Kemesraan semakin pudar…
Tatkala kita berada atas landasan perjuangan
Kerinduan semakin berbunga
Tatkala kita diuji oleh taqdir Tuhan

Hari ini..
Segala telah berubah…
Tiada lagi kemesraan…
Yang tinggal hanya kerinduan
Yang membawa 1 kenangan

Hari esok…
Yang ku harap…
Kemesraan bisa diikat..
Agar segala2Nya takkan terpisah..
Bisa mekar seharum kasturi
Hingga ke akhir hayat
Kita bersama….

“bermula satu kisah…cinta 2 insan yang diuji oleh Yang Maha Kuasa.. Cinta yang tulus suci terpaksa dipisahkan kerana perjuangan yang mulia..Tiada apa yang bisa mengalang takdir Tuhan.Maka terpaksalah dengan hati yang terluka..mereka mengharugi liku2 kehidpan yang sukar. Pengorbanan terpaksa diuli dengan keperitan kehidupan.Hanya doa kepada Maha Mendengar menjadi bantuan. Kasih itu makin diuji..
Makin teruk diasak kerinduan
Aaaaaagggrrrhhhhh!!!!
Ya Allah bantu lah aku
Tatkala itu
Kuntuman bunga mula berputik..
Kasih yang tercipta mula mewangi…
Tekad dan keazaman mula menguasai…keperitan itu akan hilang membawa kebahagian dari Yang Maha Penyanyang.Bertekad la 2 insan yang kerdil pada TuhanNya…kasih syg akan di ikat hingga kehujungNya…Amin!!! Segala Puji bg Allah Tuhan sekalian Alam…

























1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Play Slots at LuckyClub.live
Free Slots · 1. Lucky Casino, a new online luckyclub casino for 2021-2022. With over 50 games, you can play some of the greatest slot machines in the world.