Selasa, 3 Mac 2009

Hati seorang wanita yang berusaha menjadi solehah ..

Oleh NAJWA_naj,2003-08-12 19:52:46

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal
fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada
dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat
kepada
ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan
ketaatan hanya pada suami."
Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh
penghayatan.
Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca.
Alangkah
indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang
dikatakan
itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis
yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin
menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan
dan
ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.
Menjadi seorang isteri....kepada insan yang
disayangi.....idaman
setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat
Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi,
aku
sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6
bulan
yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati
ciri-ciri
seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang
sebaik mungkin kepadanya.
"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku
membuatkan aku gugup seketika.
"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan
itu, ku
lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk
suamiku.
Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.
"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain
>>dekat luar
>> >tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku
>> >tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah
>>kali
>> >pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah
>>juga
>> >pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya.
>>Aku
>> >sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan
>> >wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.
>>Betapa
>> >murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa
>>indahnya
>> >senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku
>>tenggelam
>> >dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.
>> >Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.
>> > "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk
>>Maghrib
>> >kan ? `' ujarku.
>`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita
>> >solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang
>> >menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku
>>memilikimu,
>> >suamiku.
>> > Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing
>>mengadapku.
>> >Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku
>>ingin
>> >dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat
>>merasai
>> >tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan
>> >perlahan aku menatap wajahnya.
>> > "Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan
>>menyebut
>> >kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling
>>berpautan.
>> >Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.
>> > "Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah,
>>amat
>> >menyentuh perasaanku.
>> > "Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain
>>sebagai
>> >isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih
>> >perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu
>>Ain.
>> >Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah."
>>Tutur
>> >bicaraku ku susun satu persatu.
>> > `'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih
>>kerana Ain
>> >sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang
>>juga
>> >makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh
>>terima
>> >abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."
>> > `'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'
>> > `'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati
>>abang.''
>> >Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan
>> >suamiku.
>> > Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh
>>kesyukuran.
>> >Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar.
>>Sebagai
>> >wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap
>>kali
>> >aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra
>> >memujukku. Membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar
>>kusambut
>> >kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.
>>Bukankah
>> >aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami?
>>Sedangkan
>> >Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk
>>berkhalwat di
>> >Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf.
>> >Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas
>> >menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku
>>semakin
>> >sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat
>> >dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan
>> >seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.
>> >`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu
>> >merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu
>> >berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `'
>> > Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin
>>merebut
>> >gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat
>> >suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak
>>tercalar
>> >hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk
>>tatapannya
>> >semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua
>>sibuk
>> >lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air
>>mata
>> >lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila
>>kembali
>> >dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia
>>tidak
>> >memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat
>> >mencari rezeki. Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah,
>>puteri
>> >Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah
>> >tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang
>> >menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk
>>sendiri. '
>> >Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin
>>mengejar
>> >redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan,
>>Ya
>> >Allah.'
>> > `' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu
>>tidak
>> >lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai.
>> >Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi
>> >isteri yang solehah.
>> > Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah
>>lagi
>> >dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran
>>mereka
>> >melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada
>>Allah
>> >atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.
>> > Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan
>> >permintaannya yang tidak terduga.
>> > "Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."
>> > "Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya
>>dengan
>> >penuh kasih.
>> > `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan
>>Ain.
>> >Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti
>>setakat
>> >itu.
>> > Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan.
>>Takkan
>> >hanya itu?
>> > "Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.
>> > "Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti
>>lagi. Menambah
>> >kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang
>>ingin
>> >diucapkannya.
>> > "Ain......abang.....abang nak minta izin
>>Ain......untuk
>> >berkahwin
>> >lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku
>> >tersentak. Seketika aku kehilangan kata.
>> >
>> > "A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak
>>percaya
>> >mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia
>> >dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan
>> >padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih
>> >sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya
>> >masih punya ruang untuk insan selain aku.
>> > Tanpa bicara, dia mengangguk.
>> > `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak
>>tahu dari
>> >mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata.
>>Tapi....hatiku...
>> >hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.
>> > `' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'
>> > Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu.
>>Juniorku
>> >di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan
>>aku
>> >tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi
>> >pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa.
>> >Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.
>> > " A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku
>>mula
>> >bergetar.
>> >Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah
>>Abang
>> >Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya
>> >untukku.
>> > "Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik.
>>Abang
>> >sayang pada Ain."
>> > "Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada
>> >Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain
>>lagi."
>> > "Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain
>>cinta pertama
>> >abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah
>>memerlukan
>> >abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud
>>fitnah
>> >antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk
>>berkahwin
>> >lebih dari satu. `'
>> > Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku.
>>Merobek
>> >jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya
>> >tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar.
>>Aku
>> >telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah
>> >hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan.
>>Aku
>> >tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar
>>ucapan
>> >itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.
>> > Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan,
>>aku
>> >memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali
>>tidurnya.
>> >Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan
>>mata
>> >semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak
>> >fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini
>>pengorbananku
>> >untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah
>>pedihnya!
>> > Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama
>> >dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi
>>hatiku
>> >sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik
>> >mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya
>> >tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku,
>>tapi
>> >aku terluka dengan permintaannya itu.
>> > Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang
>>harus
>> >dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya
>>kehendak
>> >Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang
>> >tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku
>>berasa
>> >amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan
>>suasana
>> >yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya
>> >terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris
>>telah
>> >tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang
>>mata
>> >dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.
>> > Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia
>> >memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak
>>jemu
>> >dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan
>> >pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku.
>>Aku
>> >keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak
>> >berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil
>> >hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?
>> > `Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan
>>malam, aku
>> >bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku
>>mengkoreksi
>> >kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama
>>ini
>> >untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha
>> >Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku
>> >untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.
>> >Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar
>>cinta
>> >Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam,
>>aku
>> >inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?
>> >
>> >Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang
>>Harris
>> >berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri
>>yang
>> >menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada
>> >mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik
>> >Faizah.
>> >"Ain?......Ain serius?"
>> >"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini
>>semua
>> >atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur
>>terhadap
>> >abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang
>> >bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa
>>untuk
>> >mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat
>>luka.
>> >Pedih, tetapi cepat sembuhnya.
>> >Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku.
>> >Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan
>> >untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang
>>hati
>> >menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya.
>>Malah
>> >dia juga mesra dengan anak-anakku.
>> >`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
>> >cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan
>>bicara.
>> >`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.
>> >"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"
>> >"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada
>>suaranya.
>> >Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan
>>Ustaz
>> >dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.
>> >" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"
>> >"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz
>> >Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan
>>saya
>> >pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita
>>dari
>> >orang ke ni? `'
>> >`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku
>>terdiam
>> >seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak
>>ambil
>> >Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku
>>tuturkan
>> >kalimah itu.
>> >" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang
>>Kak
>> >Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata
>>Faizah
>> >seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur
>>ayat
>> >itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri
>>kedua
>> >suaminya.
>> >"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak
>>Ain?"
>> >ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku
>>tahan.
>> >Faizah memandang tepat ke wajahku.
>> >"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah
>>yang......Ustaz
>> >Harris.....mahu... melamar saya?"
>> >Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa.
>>Faizah
>> >gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan
>> >membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada
>> >Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah,
>> >untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar
>>penjelasanku.
>> >"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi
>>semuanya
>> >ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta
>>maaf
>> >kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka
>>saya
>> >menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya
>>kulihat
>> >berkaca-kaca.
>> >"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan
>>Abang
>> >Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia
>> >berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk
>> >menguji keimanan Kak Ain."
>> >"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke
>>dalam
>> >pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku
>> >terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima
>>kepedihan
>> >ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami.
>> >Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.
>> >"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.
>> >`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak
>>cakap.
>> >Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."
>> >"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah
>>tahulah
>> >akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia.
>>Dan
>> >akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis
>>lain
>> >yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak
>>Ain
>> >mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung
>>dengannya,
>> >dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan
>> >penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon
>>yang
>> >baik buat Izah. `'
>> >"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah
>>masa
>> >dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."
>> >"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap
>>pada
>> >ibu bapa Izah."
>> >Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah
>> >menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku
>>untuk
>> >membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi
>> >redhaMu.'
>> >Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan
>>Faizah
>> >menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan
>>terabai
>> >dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.
>> >Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku.
>>Alhamdulillah,
>> >keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran
>> >agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah
>> >diadakan jua.
>> >"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,
>> >beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.
>> >"Kenapa?"
>> >"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain.
>> >Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima
>>segalanya demi
>> >untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."
>> >"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki
>> >suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha
>>Allah
>> >pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu
>> >abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'
>> >`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain
>>ini.
>> >Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain
>> >adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."
>> >"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin
>>berat.
>> >Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat
>> >laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."
>> >"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut
>>dia
>> >mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya
>>padaku
>> >tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula
>>membasahi
>> >pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu
>> >walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.
>> >Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak
>> >bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya
>>amat
>> >perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam
>> >pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama
>>aku
>> >ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha
>>hebat
>> >gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau
>>sepicing
>> >pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti
>> >mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari
>> >kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat
>>rasa
>> >kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
>> >bermainku.
>> >Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku
>> >memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan,
>>terasa
>> >seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata
>>ku
>> >rembeskan tanpa dapat ditahan.
>> >`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?"
>>ujarnya
>> >lembut.
>> >"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi.
>>Aku
>> >mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh
>>kehangatan.
>> >`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain
>>senyum
>> >pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat
>> >wajahku.
>> >`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ?
>>`'
>> >Aku menduga keikhlasan bicaranya.
>> >`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah
>> >kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah
>>berubah,
>> >malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah
>> >abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain,
>> >sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain
>>saja.
>> >Senyumlah sayang, untuk abang. `'
>> >Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya.
>>Aku
>> >tahu sayangnya masih utuh buatku.
>> >Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti
>> >adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra.
>>Apa
>> >tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan,
>> >Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga,
>>sentiasa
>> >berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali
>>Abang
>> >Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek
>>sendiri
>> >apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris.
>>Aku,
>> >sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya
>>sentiasa
>> >menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah
>> >tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.
>> >Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas,
>>tetapi
>> >aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila
>>kami
>> >bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin
>> >rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah,
>> >suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa
>> >kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya
>>padaku
>> >bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya
>> >sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin
>> >romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana
>>kata
>> >suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan
>>mensia-
>> >siakan kasih sayangku padanya.
>> >Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu
>> >apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu,
>>aku
>> >ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di
>>rumah
>> >dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan
>> >masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit
>>demi
>> >sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan
>>rasa
>> >ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini
>>lebih
>> >hampir dengan Maha Pencipta.
>> >Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya
>>aku
>> >mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma,
>> >sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah
>>mereka
>> >pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan
>>mereka.
>> >Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik
>> >Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila
>>mengetahui
>> >Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik.
>> >Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak
>>kecil.
>> >Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak
>>pernah
>> >menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah.
>> >Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.
>> >Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang
>>perempuan
>> >lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku
>>cemburu
>> >mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain.
>>Aku
>> >terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni.
>> >Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang
>>telah
>> >tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala
>> >perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan
>>suami.
>> >Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang
>> >merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting,
>>bukan
>> >kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh
>> >buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan,
>>kesetiaan
>> >dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah
>>kunci
>> >kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan
>>redhanya
>> >padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda
>>Rasulullah
>> >s.a.w
>> >
>> >"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan
>> >suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga."
>>(Riwayat
>> >at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).
>> >
>> >Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku
>> >berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram,
>> >cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara
>> >kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.
>> >KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan
>>itu.
>> >KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga
>>keresahan
>> >hati ini kan berkurangan.
>> >Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu.
>> >Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan
>>kesabaran.
>> >Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak
>>pernah
>> >mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana
>>menjadi
>> >intan terpilih untuk menerima ujian ini.

0 comments: