Selasa, 16 Disember 2008







AKHBAR ISLAMI

armadajihad.blogspot.com / Lujnah Tarbiyyah & Dakwah


Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan tidak akan terkecuali hatta malaikat maut Izrail a.s jua akan dimatikan oleh Allah swt. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”

Oleh yang demikian itu kita hendaklah senantiasa mengingati mati sekalipun ada di kalangan kita yang takutkan mati.Orang-orang yang yakin dan beriman kepada Allah dan rasulNya senantiasa mengingati mati. Mereka adalah golongan yang cerdik dan pandai di mana sabda Nabi saw yang bermaksud :

Abdullah Bin Umar r.h berkata bahwa ketika sedang duduk di sisi Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah saw : Siapakah yang lebih baik dikalangan orang yang beriman ? Jawab Rasulullah : orang yang lebih baik dalam kalangan orang beriman ialah orang yang berakhlak mulia. Kemudian lelaki itu bertanya lagi : siapakah yang lebih cerdik dalam kalangan orang yang beriman ? jawab Rasulullah saw : Orang yang paling cerdik ialah orang yang mengingati mati.

Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan perkara maksiat seperti berjudi zina mengumpat dan sebagainya kerana dosa dan maksiat akan membawa impak negatif di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Setiap apa yang berlaku akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum-hukum Allah bukan seperti pepatah melayu ‘tepuk dada Tanya selera’ yang membawa erti hidup di bawah dorongan nafsu.Sebaliknya orang yang sentiasa mengingati mati akan bertanya kepada imannya sendiri ‘tepuk dada Tanya iman’

Andaikata seorang pendakwah itu dan sentiasa mengingati mati maka dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya memimpin masyarakat sekeliling mengikut Islam yang sebenar.

Natijah daripada mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi berakhlak mulia jujur yakin kepada janji2 Allah berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri kerana kebenaran itu adalah daripada Allah Taala.

Orang yang mengingati mati juga akan sentiasa berusaha menambah ilmu terutama yang mendekatkan lagi dirinya kepada Allah. Sebab itulah Allah menjanjikan akan mengangkat darjat orang yang berilmu Firman Allah swt yang bermaksud :

“Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antaramu dan orang yang berilmu pengatahuan beberapa darjat”

Orang yang tidak pernah dan lalai daripada mengingati mati adalah orang yang dangkal ilmu pengatahuan dan lemah terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada hawa nafsu, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara.sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal.Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagian yang kekal nescaya mereka itu terdiri daripada orang yang rugi. Wallahu Alam.

Maa Ashobani Hasanatin Faminallah Wa Maa Ashobani Sayyiatin Famin Nafsi

0 comments: