Diantara Dua Dunia
Malam nan sunyi sepi ditambah lagi dengan nyanyian air hujan mensyahdukan lagi jiwaku.selesai sahaja solat Isyak aku terus masuk ke bilik.Malas rasanya untuk ke kelas mutalaah.Belajar di bilik lebih tenteram walaupun terpaksa mengekang mata menahan pancaran lampu study yang agak malap.Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Aku sengaja membawanya ke sekolah walaupun perkara ini diketegorikan kesalahan berat di sekolah.Biarkan yang penting aku menggunanya bukan untuk perkara maksiat.Aku terus membuka paparan kekunci.Ahhh!Mesej daripada Yana.
- Asalamualaikum =) Khaifahaluka ? Anta sibuk ke..?? Asiftu klu ana gnggu anta
- Waalaukumsalam..La Ba’sa..Alhamdulillah..anti pe kabo..?? ana tgh study kat bilik aje..tak berapa sihat..anti kat bilik jugak kew..??
- A’aah..ana pun tak berape sihat..patut ler ana tgk anta lain mcm aje kat kelas td..Semoga Allah sembuhkan anta cepat eek..Ehh ana nak tnya skit nie..psl kwn ana nie..
- Naper ngan kwn anti? InsyaAllah klu ana leh tolong ana tolong ler..tu pun klu Allah izinkan..
- Jazakallah..ana tau anta mmg sudi bantu ana..mcm nie shbt ana tu selalu murung ajer..dia mcm tak ade kekuatan..dah mcm2 nasihat ana kasi tp dyer still mcm tu gak..
- Ya Allah..knp jd mcm tu..erm..bg ana ler dyer may be futur dalam kerja kot..srh dyer kembali kpd Allah.Hanya Allah tempat kita mangadu..InsyaAllah Allah akan Bantu..tu kan janji Allah dalam surah Muhammad ayat 7…=)
- Eerrmm..toi gak kan..InsyaAllah nnt ana ckp kat dyer eek..Semoga Allah meredhai usaha kita ini…Errm..esk besday anta kan?? Klu tak silap ana ler..
- Alamak..kantoi..a’ah..eeh..sowi eek..ad keje skit nie..nnt2 kita smbg lg eek..k..ilalliqo jg iman jg diri asalamualaikum..=P
- K nnt klu dah hbs keje, sms ler k..Maasalamah wasalam…
Aagghh…Yana nama yang sungguh indah seindah syakhsiahnya.Aku pernah bertanya kepadanya siapa wanita yang anti nak jadikan qudwah.Kalau ana, ana suka dekat Fatimah Az-Zahra’ sebab dia punya peribadi mulia yang bagi ana memang sesuai untuk jadi wanita solehah.Alhamdulillah aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang baik dan solehah.Jadi kalau macam tu ana kena jadi macam Saidina Ali ler.Cerdik dan pandai sehingga digelar pintu gudang ilmu Rasulullah dan kuat semangat semasa menggantikan tempat tidur nabi.Semoga Allah beri kekuatan kepada ana untuk jadi seperti itu.Insya-Allah.Aku menyambung kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah yang di berikan oleh ustazah pagi tadi.Setelah selesai kerja sekolah aku terus tidur kerana jam sudah menunjukan satu pagi.
Hari ini 27 Mei 2008.Berbekalkan semangat keazaman yang kental disulami niat fisabilillah aku terus melangkah gagah ke kelas.Sekarang umur aku sudah menjangkau 17 tahun.Ini bermakna sudah 17 tahun aku menghabiskan hidupku.Persoalanya adakah amalan aku selama ini diterima Allah.Berukirkan senyuman aku melangkah dengan langkahan kanan ke kelas.Kelihatan sudar riuh rendah kelas 5 Ibnu Rushd itu dengan pelbagai gelagat dan rakan kawan-kawan.Aku terus ke tempat dudukku.Sambil mengemas meja yang berselerak dengan buku-buku maklumlah aku kan ponteng kelas mutalaah semalam.Tatkala aku sedang mengemas, terdapat sebungkus hadiah di dalam mejaku.Aku mengeluarkannya.Senaskah tafsir Al-Quran beserta sampul surat berwarna biru.aku terus membuka sampul surat itu
Buat sahabatku
Semoga Allah melahirkan anta sebagai perjuang Islam sejati..=)
Awwalan..Selamat Hari Ulang tahun kelahiran yang ke-17
Ana doakan Allah sentiasa mencurahkan rasa cinta dan rahmatnya kepada anta
Nnt Spm wat lek lok k..
Doakan ana pun berjaya eek..leh msk U nnt sama2
Ana ingin jadi persis Fatimah & anta Ali nya…
Ok le setakat ini aje..
Pecah kace bekas tempoyak..sudah bace harap koyak..!!!
Ok Ilalliqo Wasalam
Jazakallah Yana.Aku terus koyak surat itu bagi mengelakkan sebarang fitnah yang mungkin akan menjejaskan reputasi aku sebagai orang berkepentingan di sekolah ini.Tidak sabar rasanya untuk menunggu malam ini.Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Yana yang sentiasa membantu dan menguatkan semangat aku.
Hari persekolahan yang kadang-kadang memenatkan kadang-kadang menyeronokan.Jam menunjukan 11.40 pagi.Masa subjek akaun.Aku tak mengambilnya jadi masa ini selalunya aku akan habiskan di maktabah.Masa yang sesuai untuk aku mencari pengatahuan tambahan.Malam ini aku akan memberi tazkirah di Musolla. Sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai kepimpinan sekolah untuk menyampaikan peringatan kepada pelajar-pelajar yang lain.Tatkala sedang mencari buku yang sesuai aku tertarik dengan senaskah buku lama yang warna kertasnya sudah kekuningan. KEPENTINGAN & BATASAN LELAKI DAN WANITA DALAM ISLAM tulisan Dr A.S Ramadhan Al-Yamani.Aku terus membelek halaman dalaman. “Lelaki dan wanita hanya sah bergaul sama ada secara lisan atau pun maya apabila terdapat kepentingan yang mustahak dan Halal apabila diikat dengan ikatan Walimatul Urus….”aku tertarik dengan petikan ini.Tetapi apabila aku membacanya semula aku tersentak mengenangkan antara aku dengan Yana.Adakah hubungan kami diredhai Allah..? Adakah kami mempergunakan agama untuk menghalalkan hubungan kami..? Ya Allah kau berikanlah kekuatan dan jawapan kepada aku..Aku menutup buku itu dan terus ke kaunter untuk mendaftarkan pinjamannya.Apa yang bermain dalam fikiran aku kini ialah “Kaulul Haq Walakaula murron”..Sesungguhnya kasih Allah itu lebih agong dan sempurna berbanding kasih manusia yang kadang-kala berbelah bahagi.
Tazkirah yang agak panjang.Tidak lari daripada matlmatku yang sebenar. Semoga pelajar-pelajar yang lain mampu mengambil pengajaran dan sedikit ilmu yang ku sampaikan tadi.Tiada lain yang ku harapkan melainkan keredhaan Allah swt.Malam ini malam minggu jadi kelas mutalaah tiada.pelajar-pelajar akan berkumpul di kantin untuk menonton television.Entah cerita apa yang ditontonnya aku pun tak pasti.Aku rasa lebih baik aku berehat sahaja di bilik.
Apabila aku sedang bering di atas katil sambil membaca buku yang kupinjam pagi tadi.Aku teringatkan Yana.Malam ini perlu ku lunaskan apa yang aku tekad pagi tadi.aku mengambil henset di bawah tilam.Aku memilih paparan mesej
- Asalamualaikum shbt..asiftu, anti sibuk kew..?? Ana ada hal sikit nie..
Aku menantikannya hampir 10 minit.Mungkin Yana ada hal.Biarlah dulu. Aku bermonolog.Tiba-tiba hensetku bergetar
- Waalaikumsalam, asiftu ana br hbs usrah lps Isyak td..Eerrrm ad hal ap..?? Mutahak kew…=]
Aku tersentak dengan kalimat ‘mustahak’ aku mula yakin dengan tujuan aku berhubung dengan Yana buat kali ini..
- Ooohh..La Ba’sa..lg pun ana tgh lepak2 aje dlm blk..ana nak tnya pndpt anti..ape pndpt anti ttg hubungan kite selama nie..?? Asiftu klu sensitif
- Hubungan kita..??huhuhu..entah? bg ana kt bkn bcnta pun kan..cm shbt ajer..nape?? tetibe aje nie..
- Yelah..tp ap bezanya kt dgn psgn yg karpel tu eek..??
- Eerrmm…karpel..??kt tak guna abg ke syg ke..lg pun kiter just smbg psl Islam bkn psl bnda2 yg lagho..eerm..naper anta ad ap2 ke yg nak kasi tau ana..?
- Tak ad pape sgt.tp sbnrnya ana rs brslh ler bile kite sms…mmg kiter tak karpel tp kt mcm dah dekati bnda tu kan..so ana rs baek kt stop ajer..klu ad bnd yg btl2 mustahak br kt berbncg..ana rs tu lbh afdal
- Err..klu yg tu kptsn anta..ana terima ajer..baek lah..ilalliqo..asalamuaalaikum..
- Asiftu klu bnd nie mnynggung prsaan anti..terima kasih dengan Al-Quran tu..cantik !! Smg Allah mnetpkan yg lebih baek wat kt..Ma’asalamah Wasalam..
Lega rasanya hati ini bila apa yang menghantui kini telah dilepaskan.Semoga hari-hari yang mendatang lebih baek dan diredhai Allah…
- sbtir air mta yg jth krn keinsfan adlah 1000x lbh baek drpd sjta mtiara dr dsr lautan..sjrnih wjh krn wudhu’ yg smprna adlh lbh b’chya drpd kilauan sgnung p’mata..ssuci ati hny krn ilahi, e2lah hkiktnya cnta yg abadi ~YANA~
Sebak bersulamkan syukur menyirami sanubari.Mesej terakhir dari Yana.Alhamdulillah Yana mengerti niat sebenar aku.
- Shbt..jgn engkau kta x mmpu dlm krja dkwh, jgn bndingkan k’mmpuan org lain dgn k’mmpuan yh anti miliki, sblknya perahlah sgla tnga & buah fikrn anti untk Islam, krbnkn smgt mukminah mujahidah dlm dirianti. Bukan ana yg mnolong anti ttp Allah yg akn mnolong anti dgn p’tlgn yg bsr krn anti b’krja krnNya.Ingatlah shbt.wnta yg lmh x mgkn mmpu m’lhrkan gnrsi yg brkualiti..jgn jdkn diri sbgai ftnh pd mnusia..utmakan pndngn Allah bkn mnsia..slm jihad trskn p’juangan! Krn Allah & demi Islam yg agong..Takbir!! =)
Puas hatiku bila ku kirimkan mesej terakhir daripada aku..Yang penting aku sudah kembali ke landasan yang sebenar.
Ya Allah
Sesungguhnya engkau mengetahui hati-hati ini berhimpun dalan cinta padaMu
Bertemu dalam taat padaMu
Bersatu dalam medan dakwahMu
Berpadu dalam membela syariatMu.
Teguhkanlah Ya Allah ikatannya
Kekalkanlah cinta kasih kami
Tunjukilah jalan-jalanNya
Penuhilah hati-hati ini
Dengan cahaya rabbaniMu yang tidak pernah malap
Lapangkanlah hati-hati ini
Dengan kelimpahan iman kepadaMu
Dan indahnya bertawakkal kepadaMu.
Hidupkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat kepadaMu
Jika ditakdirkan mati
Matikanlah hati-hati ini syahid di jalanMu
Engkaulah sebaik-baik penolong
Dan sebaik-baik sandaran
AMIN
Selasa, 16 Disember 2008
Diantara Dua Dunia
Maklumat Oleh عبدالله سعادى رمضان بن محمد ناصير at 12:46 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan