Sabtu, 24 Mei 2008

Buat Sahabiah di Idrisiah










LUJNAH TARBIYYAH DAKWAH

Seringkali kita mendengarkan tentang

kisah-kisah srikandi Islam yang gagah

berani seperti Siti Fatimah, Khadijah

r.a., Khaulah Al-Azwar, Nusaibah serta

ramai lagi muslimah-muslimah tauladan.

Ramai yang mengatakan bahawa tidak

mungkin kita akan mencapai tahap

srikandi-srikandi mulia tersebut. Namun

sedarkah kita, penilaian terhadap

perjuangan seseorang itu hanyalah Allah

s.w.t. yang berkuasa menentukan.

Keikhlasan dan kesediaan kita untuk

menyerahkan diri sepenuhnya pada jalan

perjuangan Islam ini adalah tunjang

utama untuk menjadi mujahidah sejati. Namun

syarat yang paling utama ialah keutuhan

aqidah yang akan mendorong kita untuk

thabat dalam membantu agama Allah s.w.t.

Ingatlah, dahulu kaum wanita menjadi

bahan hinaan kaum-kaum jahiliyah

terdahulu bahkan dianggap lebih hina dari

binatang. Namun, cahaya Islam merubah

segalanya. Kaum wanita diangkat

martabatnya dan diberi hak yang

sewajarnya. Islam memuliakan wanita

sehingga

terdapat surah An-Nisa’ yang bermakna

‘wanita-wanita’ yang banyak menyentuh

tentang hal ehwal wanita.

Di sini, saya

ingin menyentuh beberapa skop muslimah

sebagai pejuang agama secara ringkas.

Berjuang Sebagai Puteri

Jika

menyentuh tentang perkara ini, pasti

kita tidak lari dari memikirkan tentang

puteri-puteri Rasulullah seperti Zainab,

Ruqaiyyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah.

Namun, sejarah lebih ‘menghighlightkan’

Fatimah dari segi seorang anak kerana

rapatnya beliau dengan Rasulullah.

Fatimah lah yang membersihkan belakang

Rasulullah

apabila diletakkan najis oleh kaum

musyrikin bahkan beliaulah yang memangku

baginda Rasul di saat menjelang

kewafatan baginda. Bagaimana pula dengan

kita?

Secara

umumnya, wajib ke atas anak itu membantu

kedua ibu-bapanya serta berusaha tidak

membebankan mereka dari segala segi.

Jika sahabat-sahabat memiliki bapa atau

ibu atau kedua-duanya yang beriltizam

sepenuhnya dengan jamaah, maka hendaklah

memahami mereka terutama pada saat-saat

kesulitan seperti kesuntukan waktu atau

harta. Bahkan, perlu bersiap-sedia

menghadapi kemungkinan yang lebih dari itu

kerana jalan perjuangan itu penuh mehnah

dan tribulasi.

Bagi

mereka yang memiliki ibu bapa yang

neutral atau pun menentang, hendaklah

berusaha memahamkan mereka tentang Islam

secara beransur-ansur. Jangan

mengharapkan mereka akan memahami kita

jika tidak menjaga adab dan

tanggungjawab sebagai anak sebagaimana

sepatutnya. Tidak perlulah diceritakan

tentang penglibatan kita dalam jamaah

kerana mereka pastinya akan bimbang

lantas melarang kita menyertai

perjuangan ini lantaran ketidakfahaman.

Tetapi

cukuplah kita berusaha menjadi anak yang

soleh dan tidak menyakitkan hati

mereka walaupun pemikiran dan pemahaman

adalah bertentangan. Ingat, sehebat

mana seorang anak itu, redha ibu bapa

lah yang akan memandu kita kepada redha

Allah.

Berjuang Sebagai Isteri

Walaupun

kalian belum berkahwin, tetapi hendaklah

mengambil kisah akan hal ini kerana ia

adalah masa depan dunia dan akhirat.

Pertamanya amatlah dituntut kepada para

mujahidah memilih para mujahid yang

beriltizam dengan perjuangan Islam.

Walaupun kita tidak tahu apa yang akan

terjadi pada masa hadapan, namun

ciri-ciri itu sudah dapat dilihat pada

usia seorang pemuda. Perkara ini penting

bagi melahirkan baitul muslim yang akan

melahirkan masyarakat muslim yang akan

mendokong ke arah tertegaknya Islam di

bumi ini.

Hendaklah

kalian menjadi sayap kiri perjuangan

suami dan memahami bahawa perjuangan ini

menuntut pengorbanan dan pastinya tidak

dimanjai dengan harta dunia.

Bersiap-sedialah untuk meletakkan Islam

sebagai kepentingan dan agenda utama

hidup suami kalian bahkan hidup diri

kalian sendiri. Ingatlah akan pengorbanan

Saidatina Khadijah dalam membantu

perjuangan Rasulullah dan menjadi peneman

suka duka baginda sehingga tiada

gantinya lagi.

DISEDIAKAN OLEH : LUJNAH TARBIYAH & DAKWAH /PutriBalqis/002/9/06/08

1 comments:

عبدالله سعادى رمضان بن محمد ناصير berkata...

angan tinggal solat(lebih-lebih lagi yang selalu 'terlajak' Subuh
tu)
Jangan tinggal al-Quran
Banyakkan bersedekah
Banyakkan berzikir
InsyaAllah berjaya!

Keep away from ikhtilat.